Monday 10 October 2011

Kepentingan Teknologi Maklumat


Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan inovasi dalam sistem digital melambangkan satu revolusi digital yang telah dan akan mengubah cara manusia berfikir, berhubung, bertindak dan bekerja.
Antara kepentingan teknologi maklumat ialah:-
  • dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan.
  • sebagai alat perniagaan dan sosial.
  • sebagai syarat untuk penyertaan dalam persaingan dan perkembangan ekonomi, sosial dan pendidikan.
  • mampu memperoleh segala informasi yang diperlukan.
  • merapatkan hubungan sesama manusia.
  • merapatkan jurang pemisahan antara guru dengan pelajar.
  • menjadi pemangkin kepada perkembangan industri dan ekonomi tempatan.
  • dapat menggalakkan pengaliran wang asing ke negara kita.
  • dapat memajukan sistem pertahanan dan keselamatan negara.
  • berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat.
  • mampu menjimatkan bayaran kos komunikasi.
  • negara dipandang tinggi oleh kawan dan lawan.


( Cikgu Azemi )

No comments:

Post a Comment